Surat Edaran Kepada Waris (Minit Curai Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 Sesi 2014)

                                                            Rujukan Tuan:

                                                            Rujukan Kami: SMKTAT/PIBG/100-4/1/2/BIL.(1) /2014

                                                            Tarikh              : 04 Februari 2014

 

Waris Pelajar

SMK Telok Air Tawar

 

Tuan/Puan

 

MAKLUMAN RINGKASAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAT SESI 2014/2015

 

Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMKTAT telah dilaksanakan pada 11 Januari 2014 (Sabtu) yang lalu. Sehubungan itu disenaraikan butiran penting yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut.

 

3.         Berikut adalah senarai AJK Waris dan Guru yang telah dilantik sebulat suara:

 

            Pengerusi (YDP)                     :           Tn Hj Roslee bin Daud

            Naib Pengerusi(NYDP)            :           En Adian bin Adom

            Setiausaha                              :           Pn Nasriyah bt Ahmad

            Naib Setiausaha                      :           Pn Nor Hajemah bt Hussin

            Bendahari                               :           Pn. Fazilah bt Othman

            Naib Bendahari                       :           Pn. Nor Azlin bt Abdullah

            AJK Waris                              :           Pn. Suriati bt Jaafar (AJK Sarana)

                                                                      En. Alias bin Abdullah

                                                                      En. Ravi A/L Subramaniam

                                                                      Pn. Rosmah

                                                                      Pn. Norzaliniwati bt Zainal Abidin

            AJK Guru                               :           En. Abdull Mukhsin (Pegawai Sarana)

                                                                      Pn. Mariana bt Rahman (Pegawai Sarana)

                                                                      Pn. Saffinah Asmarini bt Ismail

                                                                      En. Nazrul Affendi bin Jaafar

           Juru Audit Guru                      :           Pn. Nor Salwana bt Muhamad

           Juru Audit  Waris                    :           Pn. Rodziah bt Abu Ali

 

3          Berikut merupakan yuran sumbangan PIBG yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 yang lalu. *Ralat: Dalam surat yang diedarkan kepada semua waris, sila abaikan istilah ‘bayaran’.

 

TINGKATAN

SUMBANGAN PIBG

SUMBANGAN KECEMERLANGAN

AKADEMIK

 

JUMLAH

1, 2, 4, 6, PERALIHAN,

PENDIDIKAN KHAS

 

RM 50.00

 

                         TIADA

 

           RM 50.00

3

 

RM 50.00

 

RM 50.00

 

    RM100.00

5

 

RM 50.00

 

RM 75.00

 

RM125.00

 

 

4          Berikut adalah ulasan terhadap usul-usul yang diterima: 

i.   Tn. Hj. Roslee mengusulkan supaya Kem Bestari Solat diadakan bersama dengan Kelas Fardhu Ain pada hari Ahad pagi selama dua kali sebulan. PIBG mengalu-alukan sekiranya terdapat ibu bapa/ waris yang berkebolehan menjadi tenaga pengajar Fardhu Ain tersebut. (Kelas Fardhu Ain telah bermula pada 23/1/2014 )

 

ii.  Pn Pengetua memberitahu bahawa penyelaras setiap tingkatan akan menjalankan aktiviti untuk peningkatan kecemerlangan akademik pelajar dengan menggunakan dana PIBG

 

5.         Semoga aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG mendapat sokongan dari semua pihak .

 

Sekian. Terima kasih.

 

 

“Bersatu Memangkin Kecemerlangan”

 

Saya yang menurut perintah,

……………………………..

Nasriyah binti Ahmad

Setiausaha PIBG SMKTAT

Sesi 2014/2015

 

 

s.k; 

            i. Fail PIBG

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Laporan Penuh Mesyuarat Agung PIBG SMKTAT Kali Ke-26 Sesi 2014/2015

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA & GURU

SMK TELOK AIR TAWAR

KALI KE-26 SESI 2014/2015

Tarikh                          : 11 Januari 2014

Masa                            : 9.00 pagi

Tempat                        : Dewan Sarjana, SMK Telok Air Tawar

Kehadiran ahli             : 190 orang

Catatan Mesyuarat:

1.0        Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis

1.1  Merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran para waris ke Mesyuarat PIBG kali ke-26.

1.2  Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi ruang agar mesyuarat PIBG diadakan lebih awal pada tahun ini. Tujuannya supaya dapat membuat keputusan berkaitan yuran PIBG memandangkan yuran hanya boleh dipungut selepas mesyuarat diadakan.

1.3  Memaklumkan perkara berkaitan PPPM dan PBS yang dijalankan di sekolah. Pengerusi menyarankan ibu bapa yang mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan perkara tersebut boleh ke sekolah dan berbincang dengan guru.

2.0        Membentang, Membahas dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke-25 

2.1  Puan Mariana bt Rahman selaku Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas.

2.2  Dicadang sah : Pn. Sarena bt Hashim

2.3  Disokong sah : Pn. Norishah bt Nordin

 

3.0        Perkara-perkara Berbangkit 

3.1  Lalu lintas di hadapan sekolah – PIBG telah memohon polis trafik untuk mengawal lalu lintas semasa waktu puncak namun masih tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kekurangan anggota polis.

Permohonan kepada pihak MPSP untuk membuat ‘road-bump’ dan meletakkan kon juga telah dihantar tetapi masih belum dilaksanakan. 

 

4.0        Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG bagi sesi 2013/2014 

4.1  Puan Mariana bt Rahman membentangkan Laporan Aktiviti PIBG sepanjang sesi 2013/2014

4.2  Dicadang sah  : Pn. Sarena bt Hashim

4.3  Disokong sah  : Pn. Norishah bt Nordin

 

5.0        Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Kewangan yang Berakhir 31 Disember 2013

5.1  Puan Nur Mazhani bt Mohamed selaku bendahari membentangkan Laporan Kewangan yang Berakhir 31 disember 2013.

5.2  Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun 2013 terdapat defisit sebanyak lebih kurang RM4,000 untuk sumbangan PMR dan SPM namun telah ditampung oleh Kutipan Bazar Ramadhan.

5.3  En. Ahmad Fuad mempertikai tarikh pada penyata kewangan bagi disemak mendahului tarikh yang disahkan.

Maklum balas: Pengerusi menjelaskan bahawa Puan Nor’in Zakaria tidak hadir ke mesyuarat AJK PIBG pada tarikh berkenaan dan menandatanganinya sehari kemudian.

5.4  Pn. Halifah bertanyakan hal berkaitan Sarana Ibu Bapa iaitu sama ada ibu bapa perlu membuat sebarang pembayaran berkaitan perbelanjaan tersebut.

Maklum balas : Perbelanjaan untuk Sarana Ibu bapa digunakan untuk membiayai kos percetakan soal selidik ibu bapa dan juga Papan Kenyataan Ibu Bapa. Tiada kutipan wang daripada ibu bapa berkaitan hal tersebut.

5.5  Dicadang sah  : En. Jamaludin bin Othman

5.6  Disokong sah  : Pn. Rosmah bin Mohd Idrus

6.0        Membahas dan Menerima Usul/ Cadangan 

6.1  Usul daripada waris:

6.1.1        En. Shanmugam @ Shanmugan A/L Kannan: Mencadangkan kelas Bahasa Tamil dan Bahasa Cina diadakan dalam satu masa.

6.1.2        Maklum balas: Pengetua memaklumkan bahawa kelas-kelas tersebut dijalankan pada hari Jumaat selepas waktu persekolahan kerana kekurangan guru. Guru-guru yang mengajar adalah guru dari sekolah lain.

6.1.3        En. Ismail bin Yusoff: Mencadangkan seorang ibu bapa atau waris kelas Pendidikan Khas dilantik sebagai AJK PIBG.

6.1.4        Maklum balas: Pengetua meminta mana-mana ibu bapa atau waris pelajar Pendidikan Khas dilantik sebagai AJK PIBG.

6.1.5        Pn. Mazlina bt Mohamed: Pengendali makanan di sekolah menjual makanan yang kurang berkhasiat. Beliau mencadangkan agar penjualan makanan sejuk beku di kantin dapat dikurangkan.

6.1.6        Maklum balas: Pengetua memaklumkan bahawa pengusaha kantin akan mengurangkan penjualan makanan tersebut di kantin. Pihak sekolah, AJK Kantin, AJK Kesihatan sekolah akan memberi penekanan kepada pelajar berkaitan kepentingan makanan berkhasiat. Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak untuk memilih makanan berkhasiat dan membudayakan amalan hidup sihat.

6.1.7        En. Rahim bin Azman: Mengusulkan agar waktu persekolahan ditamatkan lebih awal kira-kira pukul 1.30 petang.

6.1.8        Maklum balas: Pengetua memaklumkan bahawa mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas daripada KPM, satu waktu PdP untuk sekolah satu sesi mestilah selama 40 minit. Pengetua tidak boleh memendekkan waktu PdP. Ibu bapa yang mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan berkenaan waktu balik 2.30 petang disarankan agar menukarkan anak ke sekolah berhampiran yang mempuyai dua sesi persekolahan.

6.1.9        En. Azmar bin Abu Bakar: Memohon agar tumpuan lebih diberikan kepada kelas-kelas yang kurang baik dan meminta sekolah mengadakan kelas tambahan subjek kritikal seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Beliau juga memberi komen bahawa pelajar Tingkatan 1 kurang diberikan kerja rumah ataun latihan.

6.1.10    Maklum balas: Pengetua menyatakan bahawa guru-guru memberikan tumpuan sama rata kepada semua kelas mengikut tahap pelajar masing-masing. Program-program yang dijalankan di sekolah juga melibatkan semua pelajar. Sekolah mengadakan Kelas Tambahan yang berjadual untuk semua subjek bagi Tingkatan 3 dan 5 oleh guru-guru tanpa bayaran. Terdapat juga guru yang menggunakan inisiatif sendiri untuk mengadakan kelas tambahan bagi kelas mereka pada waktu cuti sekolah.

Pelajar Tingkatan 1 ditaksir sepanjang masa di dalam kelas bersama guru. Kerja rumah diberikan namun agak kurang kerana pentaksiran sentiasa berlaku di dalam kelas dan tidak dibenarkan di bawa pulang. Ketika di rumah, pelajar sepatutnya membuat latihan akses kendiri dan banyak membaca. Pengetua menyarankan agar ibu bapa membeli buku kerja untuk dibuat oleh pelajar sebagai latihan akses kendiri di rumah.

6.1.11  Puan Pengetua mengusulkan setiap penyelaras tingkatan akan mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.

6.2  Usul daripada pihak sekolah

6.2.1        Program Kecemerlangan Akademik Pelajar melibatkan semua tingkatan

-Program perlu selari dalam mencapai 6 Aspirasi Murid (PPPM)

-Adakan perbincangan khusus antara Penyelaras Tingkatan dan para waris.

6.2.2  Cadangan program untuk Tingkatan 1, 2 dan Peralihan oleh Puan Nurrul Maziyah ialah Program Jom Membaca-satu hari satu bahan bacaan. Kos yang diperlukan ialah RM780 untuk  menampung kos memberi pengiktirafan kepada pelajar.

6.2.2        Maklumbalas YDP PIBG: Program ini memerlukan komitmen daripada ibu bapa.

6.2.3        Pelajar diminta membayar RM3 setahun untuk menampung kos program.

6.2.4        Dicadang sah  : En. Jamaludin

6.2.5        Disokong sah  : Pn. Sarena bt Hashim

6.3  Usul daripada AJK PIBG

6.3.1        Tn. Hj. Roslee bin Daud mencadangkan agar Yuran Sumbangan PIBG dikekalkan untuk tahun 2014:

Tingkatan 1, 2, 4, 6 dan Peralihan =RM50.00

Tingkatan 3                                    =RM100.00

Tingkatan 5                                    =RM125.00

6.3.2        Dicadang sah  : Pn. Sarena bt Hashim

6.3.3        Disokong sah  : En. Jamaludin bin Othman

6.3.4        Pn. Faizah bt Atan mencadangkan agar Kem Bestari Solat diadakan pada waktu cuti persekolahan. Tn. Hj. Roslee mengusulkan supaya Kem Bestari Solat diadakan bersama dengan Kelas Fardhu Ain pada hari Ahad pagi selama dua kali sebulan. PIBG mengalu-alukan sekiranya terdapat ibu bapa/ waris yang berkebolehan menjadi tenaga pengajar Fardhu Ain tersebut.

6.3.4    Pn. Suriati mencadangkan agar program berkenaan dijalankan dengan kerjasama Masjid Daerah.

6.3.5    Pn.Halifah mencadangkan agar program ini dijalankan untuk kebaikan semua pihak.

7.0        Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014 

7.1  Tn. Hj. Roslee bin Mohd Daud mengumumkan pembubaran AJK PIBG SMK Telok Air Tawar sesi 2013/2014.

 

8.0        Perlantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat 

8.1  Pn. Halifah mencadangkan Tn. Hj. Roslee bin Mohd Daud menjadi Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung PIBG 2014/2015.

8.2  Disokong sah : En. Jamaludin bin Othman

9.0        Pemilihan Jawatankuasa dan Juruaudit Dalaman PIBG sesi 2014/2015

Keputusan pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015 adalah seperti berikut:

9.1  Yang di-Pertua

Tn. Hj. Roslee bin Mohd Daud, cadangan: Pn. Suhaili bt Abu Kasim

9.2  Naib Yang di-Pertua

En. Adian bin Adom, cadangan: Pn. Asmawati bt Anuwa

9.3  Setiausaha

Pn. Nasriyah bt Saad, lantikan pihak sekolah

9.4  Naib Setiausaha

Pn. Nor Hajemah, lantikan pihak sekolah

9.5  Bendahari

Pn. Fazilah bt Othman, lantikan pihak sekolah

9.6  Naib Bendahari

Pn. Nor Azlin bt Abdullah, lantikan pihak sekolah

9.7  Pegawai Sarana Ibu Bapa

Pn. Suriati binti Jaafar, cadangan: Pn. Sarena bt Hashim

9.8  AJK Ibu Bapa

9.8.1        En. Alias bin Abdullah, cadangan: Pn. Masneh bt Kamdah

9.8.2        En. Ravi A/L Subramaniam, cadangan: Pn. Devaki

9.8.3        Pn. Rosmah, sukarela

9.8.4        Pn. Norzaliniwati bt Zainal Abidin, sukarela

9.9  AJK Guru

9.9.1        En. Abdull Mukhsin (Pegawai Sarana), lantikan pihak sekolah

9.9.2        Pn. Mariana bt Rahman (Pegawai Sarana), lantikan pihak sekolah

9.9.3        Pn. Saffinah Asmarini bt Ismail, lantikan pihak sekolah

9.9.4        En. Nazrul Affendi bin Jaafar, lantikan pihak sekolah

9.10          Juru Audit – Guru

Pn. Nor Salwana bt Muhamad, lantikan pihak sekolah

9.11          Juru Audit – Waris

Pn. Rodziah bt Abu Ali, cadangan:En. Jamaludin bin Othman

  

10.0          Ucapan Penangguhan 

10.1          Pn. Halifah bt Yusof memohon penjelasan berkaitan koperasi sekolah dan meminta koperasi sekolah menjual roti dan air mineral untuk para pelajar. Menurutnya, jualan air mineral di kantin yang berharga RM1 sebotol adalah mahal.

10.2          Maklum balas:Pengetua menjelaskan bahawa Koperasi SMK Telok Air Tawar Berhad  adalah badan bedaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Pemegang saham koperasi ialah guru dan para pelajar. Keuntungan koperasi diagihkan kepada semua pemegang saham. Berkenaan dengan jualan roti dan air mineral, pihak sekolah menghadapi masalah plastik pembungkus roti bertaburan di sekitar kawasan sekolah. Penjualan makanan di sekolah adalah di bawah pengusaha kantin kerana mereka membayar RM1,050 sebulan kepada pihak sekolah untuk menjual makanan bermasak kepada pihak sekolah sepanjang waktu persekolahan. Persoalan berkaitan harga air mineral di kantin akan diambil tindakan oleh pihak sekolah.

10.3          En. Jamaludin mencadangkan agar guru Bahasa Inggeris menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya sewaktu PdP di dalam kelas.

10.4          Pengetua mengucapkan tahniah di atas pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015 dan memohon komitmen semua pihak untuk melonjakkan SMK Telok Air Tawar ke arah kecemerlangan dan bukannnya mengharapkan kepada AJK semata-mata. Pengetua juga memaklumkan bahawa Program JayaWaris akan diadakan pada 15 Januari 2014 jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program akan diteruskan dengan perbincangan prestasi pelajar dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013 dan pemberian wang bantuan persekolahan RM100. Ibu bapa diseru agar hadir ke program tersebut.

10.5          YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan tahniah kepada Jawatankuasa yang baru dilantik. Beliau memaklumkan bahawa PIBG akan menggunakan telefon bimbit sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa. Perkara ini masih lagi dibincangkan di peringkat Jawatankuasa.

11.0          Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Pencatat minit,                                                                  Disediakan oleh,

  1. Pn. Siti Nur Hamimah bt Mohamed
  2. Pn. Nafisah bt Abdul Rahim
  3. Pn. Foziah bt Hazari                                            (SITI NUR HAMIMAH BT MOHAMED)
  4. Pn. Nor Azida bt Ibrahim

Disemak oleh,                                                       Disahkan oleh,

(PN. NASRIYAH BT AHMAD)                                    ……………………………….

Setiausaha PIBG,

Sesi 2014/2015,

SMK Telok Air Tawar

Posted in AKTIVITI PIBG | Tagged | Leave a comment

Kelas Fardhu ‘Ain anjuran PIBG SMKTAT

KELAS FARDHU ‘AIN

ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK TELOK AIR TAWAR, BUTTERWORTH

 

Berikut merupakan jadual kelas sepanjang tahun 2014, insyaallah..

HARI                             : AHAD (MINGGU 2 DAN 4)

MASA                            : 10.15 PAGI 

TEMPAT                       : SURAU SMK TELOK AIR TAWAR, BUTTERWORTH

KITAB                           : IDAMAN PENUNTUT

TENAGA PENGAJAR    : UST. MOHD. RAZI BIN ABD. AZIZ

BULAN

MINGGU 2

MINGGU 4

JANUARI

 

 

FEBRUARI

9 FEB 2014

23 FEB 2014

MAC

9 MAC 2014

23 MAC 2014

APRIL

13 APRIL 2014

27 APRIL 2014

MEI

11 MEI 2014

25 MEI 2014

JUN

8 JUN 2014

22 JUN 2014

JULAI

13 JUN 2014

27 JUN 2014

OGOS

10 OGOS 2014

24 OGOS 2014

SEPTEMBER

14 SEPT. 2014

28 SEPT. 2014

OKTOBER

12 OKT. 2014

26 OKT. 2014

NOVEMBER

9 NOV. 2014

23 NOV. 2014

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Surat Jemputan Mesyuarat Agung PIBG SMKTAT Kali Ke-26 Sesi 2014/2015

Kepada:

YB Dato’/ Datin / Tuan / Puan

 

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TELOK AIR TAWAR KALI KE-26

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Berhubung perkara di atas, pihak sekolah menjemput YB Dato’/ Datin/Tuan/puan untuk menghadiri Mesyuarat  Agung PIBG SMK Telok Air Tawar kali ke-26 yang akan diadakan seperti butiran berikut:

                                    Tarikh             : 11 Januari 2014 (Sabtu)

                                    Masa                : 8.00 pagi

                                    Tempat            : Dewan Sarjana, SMK Telok Air Tawar

3.         Bersama-sama ini disertakan slip jawapan dan usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung tersebut. Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada Puan Mariana Rahman (SU PIBG) selewat-lewatnya 3 Januari 2014 (Jumaat).

4.         Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika YB Dato’ / Datin / Tuan / Puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Usul yang berbentuk untuk membantu meningkatkan kecemerlangan para pelajar amat digalakkan.

5.         Kehadiran YB Dato’/ Datin / Tuan / Puan didahului jutaan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

” BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN “

 

Saya yang menjalankan tugas, 

(ROSLEE B. MOHD DAUD)

Yang di-Pertua PIBG,

Sesi 2013/2014.

 

Sk:       1.         Penasihat PIBG- Pn.Hajjah Robiyah Bt Abu (Pengetua SMKTAT)

            2.         Fail PIBG 

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

SURAT JAWAPAN & USUL / CADANGAN:

 

Saya ………………………………………………………………., waris kepada:

Bil.

Nama Anak

Kelas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*DAPAT / TIDAK DAPAT hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Air Tawar Kali ke-26 pada 11 Januari 2014. Saya ingin membentangkan usul / cadangan seperti berikut:

 

1.………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………..

2.………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………..

3.………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………..

PERHATIAN:

  1. Sila kembalikan keratan ini kepada pihak sekolah (Pn. Mariana bt. Rahman) selewat-lewatnya 3 Januari 2014 (Jumaat).
  2. Pembentang usul diwajibkan hadir dalam mesyuarat tersebut. Jika pembentang usul tidak hadir dalam mesyuarat maka usul tersebut akan ditolak.
  3. Jawatankuasa PIBG berhak menapis usul/cadangan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-26.

 

* potong yang tidak berkenaan.

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment

“JOM MAIN BOLING BERSAMA PIBG” Program Perintis Kerjasama Antara PIBG Kawasan Teluk Air Tawar

Pada 28 April 2013 (Ahad) yang lalu, bertempat di Megalane Bowl Perai, Megamall Perai, PIBG SMK Teluk Air Tawar telah menganjurkan program “JOM MAIN BOLING BERSAMA PIBG” iaitu satu program riadah yang menggabungkan PIBG sekolah-sekolah sekitar Teluk Air Tawar. Walaupun makluman mengenai program ini disebarkan dalam tempoh yang singkat iaitu kurang seminggu, namun 5 buah sekolah dan Pejabat Belia dan Sukan telah berjaya menyertai pertandingan ini. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Taman Senangan, SK Permatang Binjai, SK Teluk Air Tawar, SMK Dato Onn dan SMK Teluk Air Tawar sendiri. Terdapat 11 buah kumpulan yang bertanding.

Melalui respon para peserta yang terdiri daripada guru dan waris sekolah-sekolah serta staf dari Pejabat Belia dan Sukan yang bertanding, program seumpama ini wajar dilaksanakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara PIBG sekolah-sekolah. Dalam masa yang sama, banyak ruang dan peluang terbentang luas untuk menjalinkan kerjasama mengadakan program-program yang boleh memandu ke arah kecemerlangan sekolah khususnya baik secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam masa yang sama, perkongsian maklumat dan info berguna dalam dilakukan sepanjang program ini berlangsung. Hubungan yang terjalin juga membawa manfaat dalam jangka masa panjang. Sokongan dan bantuan yang diberikan oleh badan kerajaan iaitu Pejabat Belia dan Sukan juga telah melancarkan lagi perjalanan program ini.

Namun, terdapat juga kekurangan yang perlu diperbaiki dalam menjayakan program riadah seumpama ini. Makluman dalam tempoh yang singkat menyebabkan banyak sekolah tidak dapat menyediakan peserta. Di masa akan datang, makluman perlu diberikan lebih awal.

Kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama yang cukup baik dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini, kami di pihak PIBG SMK Teluk Air Tawar mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga kita boleh bekerjasama lagi dalam program-program yang akan datang.

“BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN”

Posted in Uncategorized | Leave a comment

“JOM MAIN BOLING 1 FAMILY” menampakkan hasil

Alhamdulillah pada 20 April 2013 (Sabtu) yang lalu, PIBG SMKTAT telah menganjurkan satu program riadah santai di Sejati Superbowl, Sungai Petani iaitu Pertandingan Boling. Program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh PIBG ini telah berjaya menarik minat 40 pasukan iaitu seramai 120 orang peserta. 26 pasukan merupakan pasukan waris bersama anak masing-masing dan selebihnya 14 pasukan merupakan pasukan guru bersama keluarga masing-masing dan ada di antaranya bersama pelajar mantee masing-masing.

Para peserta telah berkumpul di perkarangan vanue seawal 10.00 pagi. Ahli keluarga dan rakan-rakan peserta turut hadir untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi program yang berlangsung sekitar hampir 4 jam itu. Sebanyak 21 hadiah berupa hamper telah disediakan iaitu hasil sumbangan individu luar, AJK PIBG dan guru-guru.

Pertandingan ini turut disertai oleh para pentadbir iaitu Pn. Hajah Robiyah bt Abu (Pengetua), En. Shikh Mohd Noor b. Shikh Ali (PK Pentadbiran) dan Pn. Zuraidah Othman (PK Pendidikan Khas). YDP PIBG iaitu Tn. Hj. Roslee b. Mohd Daud dan NYDP En. Adian b. Adom turut hadir sebagai peserta bersama keluarga masing-masing. Demikian juga AJK PIBG dalam kalangan waris iaitu Pn. Rohaizan bt. Mohd. Yusof dan En. Loganathan A/L Rajendra yang hadir bersama keluarga masing-masing sebagai peserta.

Secara keseluruhannya, program ini menjadi antara pencetus keakraban antara pihak waris pelajar dan guru-guru SMKTAT. Sambutan yang baik dari para waris terhadap program ini menjadi petunjuk para waris SMKTAT mahu bekerjasama dan memberi komitmen kepada program-program anjuran PIBG dan sekolah khususnya. Semoga komunikasi antara para waris dan pihak sekolah akan bertambah baik sekaligus memangkin kepada kecemerlangan SMKTAT.

“BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN”

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hasil Analisis Soal Selidik Sarana Guru SMK Teluk Air Tawar 2013

Image

INDIKATOR

Jumlah markah keseluruhan : 0 – 6  / Indikator :  Asas

  • Penyediaan elemen yang menyokong pembelajaran di peringkat asas/ minimum
  • Berbincanglah dengan PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti untuk membentuk

Jumlah markah keseluruhan : 7 – 24 / Indikator : Sedang maju

  • Penyediaan elemen yang menyokong pembelajaran pada peringkat sederhana
  • Pihak sekolah boleh meningkatkan penglibatan menghubungi PIBG/LPS/Alumni/ Ahli Majlis Permuafakatan sekolah serta ahli komuniti bagi mendapatkan kerjasama dan sokongan dalam sekolah

Jumlah markah keseluruhan : 25 – 30 / Indikator : Cemerlang

  • Sekolah anda telah menggunakan semua ruang dan peluang untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran
  • PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti dilibatkan sepenuhya dalam mencemerlangkan  murid
  • Sekolah anda boleh menjadi contoh kepada sekolah lain dan PIBG/LPS/Alumni/Ahli Majlis Permuafakatan sekolah anda serta ahli komuniti boleh menjadi mentor bagi sekolah lain 

 

HURAIAN

Jumlah keseluruhan responden guru yang terlibat dalam analisis ini adalah seramai 34 orang.

  1. Indikator  : 0 – 6
  • Tiada. Tahap  ASAS 
  1. Indikator  : 7 – 24
  • Seramai 22 responden berada di dalam kedudukan indikator SEDANG MAJU 
  1. Indikator : 25 – 30
  • Manakala seramai 12 responden berada di dalam kedudukan indikator CEMERLANG

 

Dari sudut pemerhatian

Secara keseluruhannya, analisa sarana ini menunjukkan seramai 22 responden guru berada pada tahap sedang maju dan seramai 12 responden guru pada tahap cemerlang. Elemen yang menyokong pembelajaran di sekolah terdiri daripada iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama dan kerjasama dengan komuniti diambilkira untuk menunjukkan tahap sekolah.

Diharapkan semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk memastikan kejayaan sekolah untuk melahirkan produk pelajar yang dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terdiri daripada aspek jasmani, emosi rohani dan intelek. 

NOTA: Analisis ini disediakan oleh Pen. Setiausaha PIBG SMKTAT 2013/2014 iaitu En. Abdull Mukhsin b. Saad.

Posted in Uncategorized | Leave a comment