“JOM MAIN BOLING 1 FAMILY” menampakkan hasil

Alhamdulillah pada 20 April 2013 (Sabtu) yang lalu, PIBG SMKTAT telah menganjurkan satu program riadah santai di Sejati Superbowl, Sungai Petani iaitu Pertandingan Boling. Program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh PIBG ini telah berjaya menarik minat 40 pasukan iaitu seramai 120 orang peserta. 26 pasukan merupakan pasukan waris bersama anak masing-masing dan selebihnya 14 pasukan merupakan pasukan guru bersama keluarga masing-masing dan ada di antaranya bersama pelajar mantee masing-masing.

Para peserta telah berkumpul di perkarangan vanue seawal 10.00 pagi. Ahli keluarga dan rakan-rakan peserta turut hadir untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi program yang berlangsung sekitar hampir 4 jam itu. Sebanyak 21 hadiah berupa hamper telah disediakan iaitu hasil sumbangan individu luar, AJK PIBG dan guru-guru.

Pertandingan ini turut disertai oleh para pentadbir iaitu Pn. Hajah Robiyah bt Abu (Pengetua), En. Shikh Mohd Noor b. Shikh Ali (PK Pentadbiran) dan Pn. Zuraidah Othman (PK Pendidikan Khas). YDP PIBG iaitu Tn. Hj. Roslee b. Mohd Daud dan NYDP En. Adian b. Adom turut hadir sebagai peserta bersama keluarga masing-masing. Demikian juga AJK PIBG dalam kalangan waris iaitu Pn. Rohaizan bt. Mohd. Yusof dan En. Loganathan A/L Rajendra yang hadir bersama keluarga masing-masing sebagai peserta.

Secara keseluruhannya, program ini menjadi antara pencetus keakraban antara pihak waris pelajar dan guru-guru SMKTAT. Sambutan yang baik dari para waris terhadap program ini menjadi petunjuk para waris SMKTAT mahu bekerjasama dan memberi komitmen kepada program-program anjuran PIBG dan sekolah khususnya. Semoga komunikasi antara para waris dan pihak sekolah akan bertambah baik sekaligus memangkin kepada kecemerlangan SMKTAT.

“BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN”

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s