“JOM MAIN BOLING BERSAMA PIBG” Program Perintis Kerjasama Antara PIBG Kawasan Teluk Air Tawar

Pada 28 April 2013 (Ahad) yang lalu, bertempat di Megalane Bowl Perai, Megamall Perai, PIBG SMK Teluk Air Tawar telah menganjurkan program “JOM MAIN BOLING BERSAMA PIBG” iaitu satu program riadah yang menggabungkan PIBG sekolah-sekolah sekitar Teluk Air Tawar. Walaupun makluman mengenai program ini disebarkan dalam tempoh yang singkat iaitu kurang seminggu, namun 5 buah sekolah dan Pejabat Belia dan Sukan telah berjaya menyertai pertandingan ini. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Taman Senangan, SK Permatang Binjai, SK Teluk Air Tawar, SMK Dato Onn dan SMK Teluk Air Tawar sendiri. Terdapat 11 buah kumpulan yang bertanding.

Melalui respon para peserta yang terdiri daripada guru dan waris sekolah-sekolah serta staf dari Pejabat Belia dan Sukan yang bertanding, program seumpama ini wajar dilaksanakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara PIBG sekolah-sekolah. Dalam masa yang sama, banyak ruang dan peluang terbentang luas untuk menjalinkan kerjasama mengadakan program-program yang boleh memandu ke arah kecemerlangan sekolah khususnya baik secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam masa yang sama, perkongsian maklumat dan info berguna dalam dilakukan sepanjang program ini berlangsung. Hubungan yang terjalin juga membawa manfaat dalam jangka masa panjang. Sokongan dan bantuan yang diberikan oleh badan kerajaan iaitu Pejabat Belia dan Sukan juga telah melancarkan lagi perjalanan program ini.

Namun, terdapat juga kekurangan yang perlu diperbaiki dalam menjayakan program riadah seumpama ini. Makluman dalam tempoh yang singkat menyebabkan banyak sekolah tidak dapat menyediakan peserta. Di masa akan datang, makluman perlu diberikan lebih awal.

Kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama yang cukup baik dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini, kami di pihak PIBG SMK Teluk Air Tawar mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga kita boleh bekerjasama lagi dalam program-program yang akan datang.

“BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN”

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s