Laporan Penuh Mesyuarat Agung PIBG SMKTAT Kali Ke-26 Sesi 2014/2015

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA & GURU

SMK TELOK AIR TAWAR

KALI KE-26 SESI 2014/2015

Tarikh                          : 11 Januari 2014

Masa                            : 9.00 pagi

Tempat                        : Dewan Sarjana, SMK Telok Air Tawar

Kehadiran ahli             : 190 orang

Catatan Mesyuarat:

1.0        Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis

1.1  Merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran para waris ke Mesyuarat PIBG kali ke-26.

1.2  Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi ruang agar mesyuarat PIBG diadakan lebih awal pada tahun ini. Tujuannya supaya dapat membuat keputusan berkaitan yuran PIBG memandangkan yuran hanya boleh dipungut selepas mesyuarat diadakan.

1.3  Memaklumkan perkara berkaitan PPPM dan PBS yang dijalankan di sekolah. Pengerusi menyarankan ibu bapa yang mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan perkara tersebut boleh ke sekolah dan berbincang dengan guru.

2.0        Membentang, Membahas dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke-25 

2.1  Puan Mariana bt Rahman selaku Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas.

2.2  Dicadang sah : Pn. Sarena bt Hashim

2.3  Disokong sah : Pn. Norishah bt Nordin

 

3.0        Perkara-perkara Berbangkit 

3.1  Lalu lintas di hadapan sekolah – PIBG telah memohon polis trafik untuk mengawal lalu lintas semasa waktu puncak namun masih tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kekurangan anggota polis.

Permohonan kepada pihak MPSP untuk membuat ‘road-bump’ dan meletakkan kon juga telah dihantar tetapi masih belum dilaksanakan. 

 

4.0        Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG bagi sesi 2013/2014 

4.1  Puan Mariana bt Rahman membentangkan Laporan Aktiviti PIBG sepanjang sesi 2013/2014

4.2  Dicadang sah  : Pn. Sarena bt Hashim

4.3  Disokong sah  : Pn. Norishah bt Nordin

 

5.0        Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Kewangan yang Berakhir 31 Disember 2013

5.1  Puan Nur Mazhani bt Mohamed selaku bendahari membentangkan Laporan Kewangan yang Berakhir 31 disember 2013.

5.2  Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun 2013 terdapat defisit sebanyak lebih kurang RM4,000 untuk sumbangan PMR dan SPM namun telah ditampung oleh Kutipan Bazar Ramadhan.

5.3  En. Ahmad Fuad mempertikai tarikh pada penyata kewangan bagi disemak mendahului tarikh yang disahkan.

Maklum balas: Pengerusi menjelaskan bahawa Puan Nor’in Zakaria tidak hadir ke mesyuarat AJK PIBG pada tarikh berkenaan dan menandatanganinya sehari kemudian.

5.4  Pn. Halifah bertanyakan hal berkaitan Sarana Ibu Bapa iaitu sama ada ibu bapa perlu membuat sebarang pembayaran berkaitan perbelanjaan tersebut.

Maklum balas : Perbelanjaan untuk Sarana Ibu bapa digunakan untuk membiayai kos percetakan soal selidik ibu bapa dan juga Papan Kenyataan Ibu Bapa. Tiada kutipan wang daripada ibu bapa berkaitan hal tersebut.

5.5  Dicadang sah  : En. Jamaludin bin Othman

5.6  Disokong sah  : Pn. Rosmah bin Mohd Idrus

6.0        Membahas dan Menerima Usul/ Cadangan 

6.1  Usul daripada waris:

6.1.1        En. Shanmugam @ Shanmugan A/L Kannan: Mencadangkan kelas Bahasa Tamil dan Bahasa Cina diadakan dalam satu masa.

6.1.2        Maklum balas: Pengetua memaklumkan bahawa kelas-kelas tersebut dijalankan pada hari Jumaat selepas waktu persekolahan kerana kekurangan guru. Guru-guru yang mengajar adalah guru dari sekolah lain.

6.1.3        En. Ismail bin Yusoff: Mencadangkan seorang ibu bapa atau waris kelas Pendidikan Khas dilantik sebagai AJK PIBG.

6.1.4        Maklum balas: Pengetua meminta mana-mana ibu bapa atau waris pelajar Pendidikan Khas dilantik sebagai AJK PIBG.

6.1.5        Pn. Mazlina bt Mohamed: Pengendali makanan di sekolah menjual makanan yang kurang berkhasiat. Beliau mencadangkan agar penjualan makanan sejuk beku di kantin dapat dikurangkan.

6.1.6        Maklum balas: Pengetua memaklumkan bahawa pengusaha kantin akan mengurangkan penjualan makanan tersebut di kantin. Pihak sekolah, AJK Kantin, AJK Kesihatan sekolah akan memberi penekanan kepada pelajar berkaitan kepentingan makanan berkhasiat. Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak untuk memilih makanan berkhasiat dan membudayakan amalan hidup sihat.

6.1.7        En. Rahim bin Azman: Mengusulkan agar waktu persekolahan ditamatkan lebih awal kira-kira pukul 1.30 petang.

6.1.8        Maklum balas: Pengetua memaklumkan bahawa mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas daripada KPM, satu waktu PdP untuk sekolah satu sesi mestilah selama 40 minit. Pengetua tidak boleh memendekkan waktu PdP. Ibu bapa yang mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan berkenaan waktu balik 2.30 petang disarankan agar menukarkan anak ke sekolah berhampiran yang mempuyai dua sesi persekolahan.

6.1.9        En. Azmar bin Abu Bakar: Memohon agar tumpuan lebih diberikan kepada kelas-kelas yang kurang baik dan meminta sekolah mengadakan kelas tambahan subjek kritikal seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Beliau juga memberi komen bahawa pelajar Tingkatan 1 kurang diberikan kerja rumah ataun latihan.

6.1.10    Maklum balas: Pengetua menyatakan bahawa guru-guru memberikan tumpuan sama rata kepada semua kelas mengikut tahap pelajar masing-masing. Program-program yang dijalankan di sekolah juga melibatkan semua pelajar. Sekolah mengadakan Kelas Tambahan yang berjadual untuk semua subjek bagi Tingkatan 3 dan 5 oleh guru-guru tanpa bayaran. Terdapat juga guru yang menggunakan inisiatif sendiri untuk mengadakan kelas tambahan bagi kelas mereka pada waktu cuti sekolah.

Pelajar Tingkatan 1 ditaksir sepanjang masa di dalam kelas bersama guru. Kerja rumah diberikan namun agak kurang kerana pentaksiran sentiasa berlaku di dalam kelas dan tidak dibenarkan di bawa pulang. Ketika di rumah, pelajar sepatutnya membuat latihan akses kendiri dan banyak membaca. Pengetua menyarankan agar ibu bapa membeli buku kerja untuk dibuat oleh pelajar sebagai latihan akses kendiri di rumah.

6.1.11  Puan Pengetua mengusulkan setiap penyelaras tingkatan akan mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.

6.2  Usul daripada pihak sekolah

6.2.1        Program Kecemerlangan Akademik Pelajar melibatkan semua tingkatan

-Program perlu selari dalam mencapai 6 Aspirasi Murid (PPPM)

-Adakan perbincangan khusus antara Penyelaras Tingkatan dan para waris.

6.2.2  Cadangan program untuk Tingkatan 1, 2 dan Peralihan oleh Puan Nurrul Maziyah ialah Program Jom Membaca-satu hari satu bahan bacaan. Kos yang diperlukan ialah RM780 untuk  menampung kos memberi pengiktirafan kepada pelajar.

6.2.2        Maklumbalas YDP PIBG: Program ini memerlukan komitmen daripada ibu bapa.

6.2.3        Pelajar diminta membayar RM3 setahun untuk menampung kos program.

6.2.4        Dicadang sah  : En. Jamaludin

6.2.5        Disokong sah  : Pn. Sarena bt Hashim

6.3  Usul daripada AJK PIBG

6.3.1        Tn. Hj. Roslee bin Daud mencadangkan agar Yuran Sumbangan PIBG dikekalkan untuk tahun 2014:

Tingkatan 1, 2, 4, 6 dan Peralihan =RM50.00

Tingkatan 3                                    =RM100.00

Tingkatan 5                                    =RM125.00

6.3.2        Dicadang sah  : Pn. Sarena bt Hashim

6.3.3        Disokong sah  : En. Jamaludin bin Othman

6.3.4        Pn. Faizah bt Atan mencadangkan agar Kem Bestari Solat diadakan pada waktu cuti persekolahan. Tn. Hj. Roslee mengusulkan supaya Kem Bestari Solat diadakan bersama dengan Kelas Fardhu Ain pada hari Ahad pagi selama dua kali sebulan. PIBG mengalu-alukan sekiranya terdapat ibu bapa/ waris yang berkebolehan menjadi tenaga pengajar Fardhu Ain tersebut.

6.3.4    Pn. Suriati mencadangkan agar program berkenaan dijalankan dengan kerjasama Masjid Daerah.

6.3.5    Pn.Halifah mencadangkan agar program ini dijalankan untuk kebaikan semua pihak.

7.0        Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014 

7.1  Tn. Hj. Roslee bin Mohd Daud mengumumkan pembubaran AJK PIBG SMK Telok Air Tawar sesi 2013/2014.

 

8.0        Perlantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat 

8.1  Pn. Halifah mencadangkan Tn. Hj. Roslee bin Mohd Daud menjadi Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung PIBG 2014/2015.

8.2  Disokong sah : En. Jamaludin bin Othman

9.0        Pemilihan Jawatankuasa dan Juruaudit Dalaman PIBG sesi 2014/2015

Keputusan pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015 adalah seperti berikut:

9.1  Yang di-Pertua

Tn. Hj. Roslee bin Mohd Daud, cadangan: Pn. Suhaili bt Abu Kasim

9.2  Naib Yang di-Pertua

En. Adian bin Adom, cadangan: Pn. Asmawati bt Anuwa

9.3  Setiausaha

Pn. Nasriyah bt Saad, lantikan pihak sekolah

9.4  Naib Setiausaha

Pn. Nor Hajemah, lantikan pihak sekolah

9.5  Bendahari

Pn. Fazilah bt Othman, lantikan pihak sekolah

9.6  Naib Bendahari

Pn. Nor Azlin bt Abdullah, lantikan pihak sekolah

9.7  Pegawai Sarana Ibu Bapa

Pn. Suriati binti Jaafar, cadangan: Pn. Sarena bt Hashim

9.8  AJK Ibu Bapa

9.8.1        En. Alias bin Abdullah, cadangan: Pn. Masneh bt Kamdah

9.8.2        En. Ravi A/L Subramaniam, cadangan: Pn. Devaki

9.8.3        Pn. Rosmah, sukarela

9.8.4        Pn. Norzaliniwati bt Zainal Abidin, sukarela

9.9  AJK Guru

9.9.1        En. Abdull Mukhsin (Pegawai Sarana), lantikan pihak sekolah

9.9.2        Pn. Mariana bt Rahman (Pegawai Sarana), lantikan pihak sekolah

9.9.3        Pn. Saffinah Asmarini bt Ismail, lantikan pihak sekolah

9.9.4        En. Nazrul Affendi bin Jaafar, lantikan pihak sekolah

9.10          Juru Audit – Guru

Pn. Nor Salwana bt Muhamad, lantikan pihak sekolah

9.11          Juru Audit – Waris

Pn. Rodziah bt Abu Ali, cadangan:En. Jamaludin bin Othman

  

10.0          Ucapan Penangguhan 

10.1          Pn. Halifah bt Yusof memohon penjelasan berkaitan koperasi sekolah dan meminta koperasi sekolah menjual roti dan air mineral untuk para pelajar. Menurutnya, jualan air mineral di kantin yang berharga RM1 sebotol adalah mahal.

10.2          Maklum balas:Pengetua menjelaskan bahawa Koperasi SMK Telok Air Tawar Berhad  adalah badan bedaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Pemegang saham koperasi ialah guru dan para pelajar. Keuntungan koperasi diagihkan kepada semua pemegang saham. Berkenaan dengan jualan roti dan air mineral, pihak sekolah menghadapi masalah plastik pembungkus roti bertaburan di sekitar kawasan sekolah. Penjualan makanan di sekolah adalah di bawah pengusaha kantin kerana mereka membayar RM1,050 sebulan kepada pihak sekolah untuk menjual makanan bermasak kepada pihak sekolah sepanjang waktu persekolahan. Persoalan berkaitan harga air mineral di kantin akan diambil tindakan oleh pihak sekolah.

10.3          En. Jamaludin mencadangkan agar guru Bahasa Inggeris menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya sewaktu PdP di dalam kelas.

10.4          Pengetua mengucapkan tahniah di atas pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015 dan memohon komitmen semua pihak untuk melonjakkan SMK Telok Air Tawar ke arah kecemerlangan dan bukannnya mengharapkan kepada AJK semata-mata. Pengetua juga memaklumkan bahawa Program JayaWaris akan diadakan pada 15 Januari 2014 jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program akan diteruskan dengan perbincangan prestasi pelajar dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013 dan pemberian wang bantuan persekolahan RM100. Ibu bapa diseru agar hadir ke program tersebut.

10.5          YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan tahniah kepada Jawatankuasa yang baru dilantik. Beliau memaklumkan bahawa PIBG akan menggunakan telefon bimbit sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa. Perkara ini masih lagi dibincangkan di peringkat Jawatankuasa.

11.0          Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Pencatat minit,                                                                  Disediakan oleh,

  1. Pn. Siti Nur Hamimah bt Mohamed
  2. Pn. Nafisah bt Abdul Rahim
  3. Pn. Foziah bt Hazari                                            (SITI NUR HAMIMAH BT MOHAMED)
  4. Pn. Nor Azida bt Ibrahim

Disemak oleh,                                                       Disahkan oleh,

(PN. NASRIYAH BT AHMAD)                                    ……………………………….

Setiausaha PIBG,

Sesi 2014/2015,

SMK Telok Air Tawar

Advertisements
This entry was posted in AKTIVITI PIBG and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s