Rujukan Tuan:
Rujukan Kami: SMKTAT/PIBG/100-4/1/2/BIL.(1) /2014
Tarikh : 04 Februari 2014
Waris Pelajar
SMK Telok Air Tawar
Tuan/Puan
MAKLUMAN RINGKASAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAT SESI 2014/2015
Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMKTAT telah dilaksanakan pada 11 Januari 2014 (Sabtu) yang lalu. Sehubungan itu disenaraikan butiran penting yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut.
3. Berikut adalah senarai AJK Waris dan Guru yang telah dilantik sebulat suara:
Pengerusi (YDP) : Tn Hj Roslee bin Daud
Naib Pengerusi(NYDP) : En Adian bin Adom
Setiausaha : Pn Nasriyah bt Ahmad
Naib Setiausaha : Pn Nor Hajemah bt Hussin
Bendahari : Pn. Fazilah bt Othman
Naib Bendahari : Pn. Nor Azlin bt Abdullah
AJK Waris : Pn. Suriati bt Jaafar (AJK Sarana)
En. Alias bin Abdullah
En. Ravi A/L Subramaniam
Pn. Rosmah
Pn. Norzaliniwati bt Zainal Abidin
AJK Guru : En. Abdull Mukhsin (Pegawai Sarana)
Pn. Mariana bt Rahman (Pegawai Sarana)
Pn. Saffinah Asmarini bt Ismail
En. Nazrul Affendi bin Jaafar
Juru Audit Guru : Pn. Nor Salwana bt Muhamad
Juru Audit Waris : Pn. Rodziah bt Abu Ali
3 Berikut merupakan yuran sumbangan PIBG yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 yang lalu. *Ralat: Dalam surat yang diedarkan kepada semua waris, sila abaikan istilah ‘bayaran’.
TINGKATAN |
SUMBANGAN PIBG |
SUMBANGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK |
JUMLAH |
1, 2, 4, 6, PERALIHAN, PENDIDIKAN KHAS |
RM 50.00 |
TIADA |
RM 50.00 |
3 |
RM 50.00 |
RM 50.00 |
RM100.00 |
5 |
RM 50.00 |
RM 75.00 |
RM125.00 |
4 Berikut adalah ulasan terhadap usul-usul yang diterima:
i. Tn. Hj. Roslee mengusulkan supaya Kem Bestari Solat diadakan bersama dengan Kelas Fardhu Ain pada hari Ahad pagi selama dua kali sebulan. PIBG mengalu-alukan sekiranya terdapat ibu bapa/ waris yang berkebolehan menjadi tenaga pengajar Fardhu Ain tersebut. (Kelas Fardhu Ain telah bermula pada 23/1/2014 )
ii. Pn Pengetua memberitahu bahawa penyelaras setiap tingkatan akan menjalankan aktiviti untuk peningkatan kecemerlangan akademik pelajar dengan menggunakan dana PIBG
5. Semoga aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG mendapat sokongan dari semua pihak .
Sekian. Terima kasih.
“Bersatu Memangkin Kecemerlangan”
Saya yang menurut perintah,
……………………………..
Nasriyah binti Ahmad
Setiausaha PIBG SMKTAT
Sesi 2014/2015
s.k;
i. Fail PIBG