Riadah Santai “Jom Main Bowling 1 Family”

Tuan/Puan

MAKLUMAN RIADAH SANTAI “JOM MAIN BOWLING 1 FAMILY”

Merujuk kepada perkara di atas, Persatuan Ibu Bapa & Guru SMKTAT akan mengadakan program riadah santai pada ketetapan berikut:

                Tarikh : 20 April 2013, Sabtu

                Lokasi : Sejati Bowling Center, Sg Petani.

02.          Antara objektif program:

  1. Program riadah anjuran PIBG melibatkan ibubapa, guru2 dan pelajar.
  2. Mewujudkan suasana santai untuk memberi peluang guru2 dan ibu bapa mengenali satu sama lain.
  3. Mengutip dana untuk tabung PIBG SMK Telok Air Tawar.

03.          Format/Kategori:

  1. Bawah 15 Tahun (Ting. 1, 2 & 3)

         Pelajar lelaki/Perempuan + Ibu + Ayah, atau Pelajar lelaki/Perempuan + peserta lelaki      + wanita.

  1. Bawah 18 Tahun (Ting. 4 & 5)

         Pelajar lelaki/Perempuan + Ibu + Ayah, atau Pelajar lelaki/Perempuan + peserta lelaki + wanita

04.          Bayaran penyertaan

                RM30 satu kumpulan (3 orang) , termasuk bayaran kasut.

05.          Hadiah:

                Tempat 1, 2 dan 3 setiap kategori.

                3 hadiah utama pada “penyertaan terpilih”

06.          Setiap kumpulan perlu hadir dengan tema warna t-shirt masing2

07.          Setiap kumpulan perlu mendaftar nama pemain dan nama kumpulan                 selewat2nya pada 18 April 2013.

08.          Pengangkutan pergi dan pulang adalah tanggungjawab setiap pemain.

Sekian, terima kasih.

 

“BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN”

 

Saya yang menjalankan tugas,

(MARIANA BT. RAHMAN)

Setiausaha PIBG SMKTAT.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Mengekalkan Kejuaraan Pertandingan Pidato Piala KPM Peringkat Kelompok M5

Alhamdulillah..Pada hari ini 21 Mac 2013 (Khamis), pada waktu guru-guru di sekolah meraikan kejayaan pencapaian SPM 2012 yang mencatatkan peningkatan dalam nilai GPS, sekolah juga telah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Pidato Piala KPM Peringkat Kelompok M5 yang berlangsung di SMK Kg. Kastam. Peserta sekolah iaitu Salim bin Abdullah (4USM) insyaallah akan ke peringkat negeri Pulau Pinang. Mencatat kejayaan yang sama beberapa minggu yang lalu ialah peserta pertandingan Forum Remaja dengan tambahan anugerah iaitu Pengerusi Terbaik (Salim b. Abdullah, 4USM). Tahniah dan syabas kepada para peserta dan guru-guru pembimbing semua acara yang komited mengorbankan masa dan tenaga untuk mengharumkan nama SMK Teluk Air Tawar. Syabas juga kepada semua warga SMK Teluk Air Tawar (pentadbir, ibu bapa, guru-guru, pelajar dan staf sokongan) yang tidak pernah jemu memberi sokongan moral. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Ayuh! Kita terus bersatu memangkin kecemerlangan!!

Posted in MAKLUMAN AHLI | Leave a comment

PEMERGIAN SALAH SEORANG GURU SMKTAT (Pn. Zuraidah bt. Che Mee)

Seluruh warga SMK Teluk Air Tawar berdukacita atas pemergian Pn. Zuraidah bt. Che Mee yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Mac 2013 (Khamis) di kediamannya di Pekan Darat. Arwah yang berusia 37 tahun merupakan guru Bahasa Inggeris di sekolah ini. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Darat pada pukul 3.10 petang hari yang sama. Arwah mempunyai 2 orang anak perempuan yang berusia 10 dan 8 tahun.

Diharap seluruh warga SMKTAT menghalalkan apa saja kesilapan beliau selama hayat dan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Semoga rohnya sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Al-Fatihah..

Posted in MAKLUMAN AHLI | Leave a comment

SUMBANGAN TUPPERWARE TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Berhubung post yang lalu iaitu ‘Majlis Ramah Mesra PIBG dan Guru Bersama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop’, selain memberi sumbangan cek bernilai RM3000 kepada setiap PIBG sekolah-sekolah kawasan Tasek Gelugor, Tan Sri Nor juga telah menyumbangkan ‘tupperware’ kepada semua pelajar sekolah. Sumbang tersebut telah diagihkan kepada seluruh pelajar yang berdaftar di SMKTAT sehingga hujung bulan Februari 2013 (kecuali 2 buah kelas iaitu 5UMS dan 5UIA yang masih menunggu lebihan sumbangan dari SK Ara Rendang).

Semoga sumbangan kecil ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pelajar sekolah ini.

Posted in AKTIVITI PIBG | Leave a comment

MAJLIS RAMAH MESRA GURU2 DAN PIBG DENGAN YB TAN SRI NOR MOHAMED YACKOP DI PGR BERTAM PADA SABTU 2 MAC 13.

Program dihadiri lebih dari 200 orang tetamu di kalangan guru2 dan ibu bapa. Setiap PIBG diberikan bantuan sebanyak $3000 untuk mengerakkan program di sekolah masing2.

Posted in MAKLUMAN AHLI | Leave a comment

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PIBG

Assalamualaikum & selamat sejahtera…

Untuk pengetahuan semua ahli, PIBG SMK Teluk Air Tawar telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo PIBG. Pertandingan ini telah dilancarkan secara tidak rasmi melalui pengumuman sewaktu Perhimpuan Rasmi sekolah iaitu pada 25 Feb 2013 (Isnin) yang lalu.

Dengan membuka penyertaan sepenuhnya kepada semua pelajar SMKTAT tingkatan 1 hingga 6, pertandingan ini antara lain bertujuan menjadi wadah kepada semua pelajar menyalurkan hasil kreativiti mereka ke arah yang positif. Dalam masa yang sama, segala ilmu yang dipelajari dalam kelas ICT diharap dapat diaplikasi sepenuhnya di samping menggalakkan anak-anak pelajar di sekolah ini menjadi lebih berdaya saing dalam memasarkan produk rekaan masing-masing. Selain itu, pertandingan ini juga secara tidak langsung boleh diambil kira sebagai latihan kendiri dalam penilaian guru terhadap pelajar secara individu.

Sehingga kini iaitu masuk hari ke 4 pertandingan berlangsung, sambutannya sangat menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juga dalam kalangan guru-guru sendiri. Tapi seribu kemaafan dipohon kepada semua guru yang berminat untuk turut serta kerana pertandingan ini khas untuk merai ‘air tangan’ anak-anak kita sahaja. Kita bagi ruang sepenuhnya untuk mereka. Insyaallah ada projek besar lain yang menanti bukan sahaja kepada guru-guru malahan para waris. Hadiahnya juga pasti lumayan..Tungguu..

Berbalik kepada topik utama kita, berikut merupakan syarat penyertaan sebagai makluman semua ahli:

SPESIFIKASI

Saiz
Rekaan logo perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam bentuk softcopy dalam bentuk jpeg (CD) atau AI (illustrator) dan dalam bentuk hardcopy bersaiz A4..

Rekaan

Setiap warna dan reka bentuk pada logo yang dicipta perlu disertakan bersama penerangan dan rasional tertentu. Rekaan logo boleh dibuat dalam bentuk 2 atau 3 dimensi.

Warna

Peserta hanya dibenarkan menggunakan 4 kombinasi warna iaitu warna HIJAU, KUNING, UNGU dan MERAH.

Kegunaan logo

Logo yang dicipta hendaklah sesuai digunakan untuk urusan rasmi Persatuan Ibu Bapa & Guru.

Keaslian logo

Rekaan logo perlu asli dan tidak menyentuh sensitiviti kaum, budaya dan agama serta tidak mempunyai sebarang unsur peniruan dari sumber-sumber lain.

Tema

“Bersatu Memangkin Kecemerlangan”

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.         Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga 6 SMK Teluk Air Tawar.

2.         Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada 3 penyertaan. Setiap penyertaan mestilah  disertakan  dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta.

4.         Peserta hendaklah memastikan hak cipta logo yang dihasilakan terpelihara. Pihak penganjur tidak    akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hak  cipta logo.

5.         Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik pihak penganjur. Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik intelek penganjur.

6.         Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.

7.         Pemenang akan dimaklumkan melalui perhimpunan rasmi sekolah pada hari Isnin sebelum hari penyampaian hadiah. Walau bagaimanapun, pihak penganjur berhak untuk tidak memilih pemenang dalam kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel juri memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang.

8.         Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

PENGADILAN

1.         Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik khas oleh penganjur.

2.         Hadiah akan disampaikan pada Hari Anugerah Pelajar Cemerlang iaitu pada 21 Mac 2013.

3.         Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH

Wang tunai, hamper dan sijil penyertaan.

TEMPOH MASA

1.         Pertandingan bermula pada 25 Februari sehingga 8 Mac 2013.

2.         Borang penyertaan boleh diperoleh daripada Setiausaha PIBG iaitu Pn. Mariana bt. Rahman atau Bendahari PIBG iaitu Pn. Nur Mazhani bt. Mohamed.

3.         Hasil ciptaan boleh dihantar kepada Setiausaha dan Bendahari PIBG selewat-lewatnya 8 Februari 2013 (Jumaat).

Posted in AKTIVITI PIBG, MAKLUMAN AHLI | Leave a comment

Laporan Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1/2013

          Alhamdulilllah.. Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Teluk Air Tawar telah berjaya melaksanakan mesyuarat peringkat AJK kali pertama untuk sesi 2013/2014 pada hari ini iaitu 23 Feb. 2013 (Sabtu). Pertama sekali diucapkan tahniah kepada para AJK PIBG termasuk kepada barisan pentadbir (PK Pentadbiran, PK Ting. 6, PK HEM, PK KoKo dan PK Pend. Khas) yang juga telah mengorbankan waktu cuti untuk berkumpul bersama barisan AJK PIBG membincangkan pelbagai isu yang bersangkut paut dengan sekolah, pelajar serta komuniti setempat. Kehadiran adalah sangat memberangsangkan. 

          Walaupun suasana persekitaran yang sejujurnya tidak kondusif untuk mengadakan perbincangan namun mesyuarat berjalan lancar dan banyak program telah dirangka hasil sesi perbincangan dan sumbang saran yang panjang dalam kalangan ahli mesyuarat. 

          Semoga dengan semangat yang ditunjukkan oleh setiap AJK PIBG pada sesi ini akan memacu sekolah ke arah kecemerlangan. Meng’hadam’ kata-kata YDP (Tn. Hj. Roslee) sebentar tadi, jawatan dalam PIBG ini tidak ada penghargaan yang boleh diharapkan malah sebenarnya satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul sehingga perlukan kepada pengorbanan masa dan tenaga. Dan beliau turut berharap (melalui semua program yang akan dilaksanakan di bawah PIBG) agar PIBG membantu sekolah merealisasikan visi sekolah (menjadi sekolah cemerlang menjelang 2015) melalui sokongan moral dan kewangan sekadar yang termampu. Bak kata En. Asri b. Sulaiman, semua tugas dan amanah yang diberikan boleh dianggap sebagai saham akhirat. Semoga di bawah pimpinan Tuan Hj. Roslee b. Daud, semua AJK PIBG sesi 2013/2014 menjadi lebih bersemangat untuk menjadi jutawan akhirat (menyumbang idea, tenaga dan masa tanpa mengharap apa-apa balasan). Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang hadir pada hari ini…Wassalam..

Posted in AKTIVITI PIBG, MAKLUMAN AHLI | Leave a comment